AlhMdulillah..
Saya suka muamalat jual beli tapi saya takut nak jual beli mahal2 sebab modal saya sikit je, kadang2 takde..dulu saya hairan mengapa kawan2 boleh beli baju senang2 je harga RM20, RM70, RM100+..sanggup redah jauh2 semata2 nak makan di luar kampus dsb, kdg2 tempah makanan mahal2 ke asrama walaupun tak kerja lagi. Kemudian saya teringat, mungkin ada duit pinjaman PTPTN atau biasiswa JPA. Takpelah, rezeki masing2. Saya takde biasiswa, takde pinjaman. Ada pun pemberian masa sekolah dulu shj, tidaklah banyak tapi sampai habis belajar pun masih ada dlm akaun bank. Dikeluarkan sekadar yg perlu shj. Kalau mak ayah bagi, saya terima je. Saya jarang nak minta2 apa2 drp family atau drp sesiapa kecuali yg betul2 perlu atau yg saya tak mampu buat tapi diperlukan waktu tu. Saya tak suka berhutang tapi saya suka beri hutang sampai saya tak ingat hutang orang pada saya. Mak ayah saya tak bagi saya bekerja atau kahwin waktu saya belajar dan perlu lanjutkan pengajian ke tahap tertinggi yang ada. Tekanan demi tekanan hampir tak terasa sebab dah biasa, terlalu begitu. Saya tak tahu cerita orang lain bagaimana tetapi saya yakin ada yang susah dan ada yang senang. Apa yang penting: bersyukur dengan segala nikmat yg telah dikurniakan Allah SWT kpd kita. InsyaAllah rezeki tak pernah putus. Sejak kecil, ibu saya sering berkata, saya suka memberi kepada orang lain apa yg saya ada pada waktu itu. Saya juga mendapat gelaran manja ketika kecil. Ayah kata, itu disebabkan kesopanan yg terlihat di mata ibu dan ayah saya pd saya ketika itu. Namun saya memberontak, menangis2 ketika kecil kerana panggilan manja telah disalahguna oleh saudara mara lain apabila bertemu dengan keluarga saya. Lalu tiada lagi panggilan manja yg saya dengar dari mulut ibu dan ayah saya sejak itu hingga kini. Rindu sgt.. Maaf, saja nak kongsi pengalaman diri yg tak seberapa. Kebetulan terlihat satu perkongsian di fb berkenaan sikap seorang anak..sedih
Bila usia meningkat remaja hingga awal 20an, mungkin sikap tak sebaik malaikat, tak sebaik golongan terdahulu tapi bila usia semakin hampir dgn 30an, ada sesuatu yg menyedarkan. Dunia sementara shj. Tak rugi buat baik, rugi besar klu buat sebaliknya sebab kudrat dsb dah tak mampu utk cover back kesalahan yg tlh dilakukan sblmnya.. Untung sabut timbul, untung batu, tenggelam. Masing2 ada kelebihan kekurangan tersendiri. Terima seadanya. Semoga ada ramai insan yg boleh menambah baik kehidupan secara bersama. Amin
Seindah Pancuran Pelangi
Sunday, 21 August 2016
Syukur Nikmat
Saturday, 28 March 2015
"Save Muhammad"
Suatu pengalaman pengembaraan alam mimpi telah menyedarkan saya betapa perlunya "Save Muhammad" itu!
Alkisah, Muhammad merupakan seorang kanak-kanak yang sedang meningkat usia belia. Muhammad mempunyai ibu ayah dan seorang kakak. Muhammad tidak mampu berfikir pantas, akalnya cetek, tindakannya lambat dan terpinga-pinga sentiasa. Namun Muhammad merupakan seorang remaja yang menghormati ayah, ibu, kakak dan sesiapa sahaja yang dijumpainya.
Suatu hari, Muhammad ditinggalkan oleh ibu dan ayah di belakang ketika berjalan menuju ke perut kapal terbang. Kakak memimpin tangan Muhammad berjalan di jalan berpasir kering yang ditiup angin panas sepoi-sepoi bahasa. Di atas langit, terdapat sebuah helikopter memantau pergerakan dari atas dan bergerak ke arah destinasi yang ditinggalkan Muhammad dan kakaknya. Menuruni anak tangga ke gelanggang bola keranjang yang dipenuhi anak muda yang mengenali Muhammad. Kakak sudah ke hadapan, Muhammad masih menuruni anak tangga dan singgah sebentar di pertengahan tangga, tempat sebahagian rakan-rakannya berkumpul.
Kakak yang sedang berjalan di hadapan sudah berasa sangsi dan tidak selesa sebaik melintasi rakan-rakan Muhammad yang sedang bermain bola keranjang dan tiba-tiba menukar permainan baling dan sambut "dart" dari jarak hampir 5 meter dari tiang gol. Kakak terus toleh ke belakang. "Mana Muhammad ni? Muhammad ada dengan rakan-rakannya? Allah, bencana bakal menimpa Muhammad!" Katanya di dalam hati lantas mencari-cari kelibat Muhammad di sepanjang jalan yang telah ditinggalkan.
Lalu terpandang pada pergerakan rakan-rakan Muhammad yang menutup mata Muhammad dengan penutup mata hitam dan mengalihkan Muhammad ke bawah tiang gol berhampiran tangga. Dengan tidak melengahkan masa, kakak memanggil Muhammad dengan tegas agar Muhammad mendengar dan menuruti arahannya. "Muhammad, ke sini cepat!". Muhammad yang mendengar panggilan kakaknya, terus membuka kain penutup matanya dan bergegas sambil terpinga-pinga menuju arah kakaknya berada.
Rakan-rakan Muhammad sering mendera dan membuli Muhammad, namun pada Muhammad, itulah sahaja rakan-rakan yang dimilikinya dan dia amat menghormati rakan-rakannya itu walaupun pada kakaknya, itu bukanlah rakan, malah musuh yang mampu memusnahkan kehidupan Muhammad dengan izin Allah. Berlalulah Muhammad sambil dipimpin erat kakaknya disisi menuju ibu dan ayah yang sudah jauh ketinggalan di hadapan.
Gusar di hati kakak masih ada, takut sekiranya ada balingan "dart" tadi yang sudah mengena di bahagian belakang kepala adiknya ketika melangkah keluar tadi. Terbayang-bayang jika darah Muhammad tumpah ke bumi, pasti setiap rakan-rakan Muhammad itu tidak terlepas dari hukuman rejam kakaknya. Mungkin juga nyawa kakak Muhammad dalam bahaya jika "dart" tadi sudah dibaling dan mengena bahagian berhampiran dengan tulang belakangnya yang mampu sahaja menyebabkan kakak Muhammad lumpuh seumur hidup atau tertembus ke jantung hingga mati pada saat itu juga.
"Save Muhammad" merupakan kata-kata azimat bagi kakak Muhammad untuk sentiasa menjaga adiknya yang serba kekurangan dari aspek mental walaupun sihat pada zahirnya, sasa tubuhnya. "Save Muhammad" juga perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian. Siapa Muhammad? Muhammad ialah iman kita. Muhammad ialah aqidah kita. Manusia yang diciptakan Allah tak pernah sempurna, pasti ada cacatnya di mana-mana. Melainkan para anbiya yang dipelihara Allah dari kekurangan. Walaupun kita hampir ditinggalkan oleh generasi terdahulu yang hebat, alangkah baiknya jika kita bersama memandu "ahli keluarga" kita untuk menelusuri jalan kebenaran yang telah ditinggalkan jejak yang masih dapat dihidu dan dilihat arah panduannya.
Wallahua'lam.
*Setelah terjaga dari tidur yang panjang, digerakkan oleh bunyi "siren" kecemasan, bayangan kecemasan terus terdampar depan mata yang masih samar-samar antara alam kayangan dan kenyataan. "Mana Muhammad? Astaghfirullah.. Aku terjaga dari tidur yang panjang, dari mimpi yang memaknakan hidupku hari ini. "Save Muhammad!"

Monday, 2 March 2015
Ketika Ditinggalkan Di Asrama
Alhamdulillah, pada hari ahad lepas, ayah dan ibu sudi menghantarku pulang ke kampus untuk membuat persediaan sebelum ke kelas yang bakal bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5 petang Isnin tadi. Ketika sampai di persimpangan menuju ke USM, hampir sepi kereta tanpa suara. Mula resah melihat keadaan sekeliling. Masing-masing membisu tetapi dalam hati ingin berkata-kata.
Saat tiba di depan asrama, bersalaman dengan ayah dan ibu di dalam kereta dan keluar membawa bagasi ke bilik sambil ditemani ibu. Di muka pintu bilik, ibu memberi salam pada penghuni bilik. Ketika itu kak Nuna bermain komputer. Tak diendahkan. Ibu hanya ingin segera menghantar barang dan kembali pulang ke rumah. Saya hanya sempat meletakkan barang-barang dan mengejar kelibat ibu. Lif sudah hampir tertutup pintunya dan tidak terbuka pintu ketika ditekan kunci untuk turun ke bawah.
Setelah lif menunjukkan isyarat merah, tanda akan tiba ke destinasi, terdengar bunyi tutupan pintu kereta dari tingkap bilik baju di sebelah. Degup jantung terasa terhenti seketika. "Ummi... Abi... Tunggu adik nak turun ni.." Sesampainya di lobi asrama, tiada lagi sosok kereta hijau gelap di situ. Terus berlari menuju ke bucu blok Hilton. "Oh, kereta lain! Pastinya kereta Abi sudah ke hadapan lagi." Terus berlari anak ke simpang Lorong Bakti. Kelibat kereta hijau gelap makin kecil dan membelok ke kanan menuju ke pintu RST.
Tinggallah si puteri berjalan lemah kembali ke asrama tempat beradu. "Ya, aku masih puteri Abi dan Ummi. Jika air mata ini mengalir, dan hati terasa sebak, mustahil tiada rasa yang sama pada ayah dan ibuku. Ya Tuhan, kirimkan salam rindu dan kasihku pada ayah dan ibuku yang selalu menjagaku dan melayani kerenahku yang inginkan perhatian dan kasih sayang ayah dan ibu."
Keesokan harinya, jam 8.00 pagi sudah menerima panggilan telefon daripada ibu mengingatkan agar segera ke kuliah. Lucu teringat kisah malam tadinya. Saya yakin di situ ada doa yang dimakbulkan Allah apabila hati saling terkait untuk bertanya khabar. Masing-masing mencuri peluang bertanyakan hal yang diperlukan secara kebetulan. Suatu kebetulan yang indah! Semoga ayah juga merasai keindahan dan keceriaan hati ibu yang lega mendengar kelincahan pagi anaknya, amin.
Itulah adatnya dalam keluarga. Ada kalanya manis tak tertelan, ada kalanya pahit tak terluah. Tapi setiapnya menjadi indah ketika sudah menjadi memori. Memori yang dibangkitkan dengan rasa yang indah, akan menjadi indah. Begitu juga yang sebaliknya. Saya berbangga bercerita dan mengkhabarkan perihal ayah dan ibu, bukan untuk menunjuk tetapi untuk menunjukkan suatu penghargaan yang tinggi terhadap status ibu dan ayah yang tak dapat dicari ganti walau nantinya mungkin akan berkeluarga sendiri dan mempunyai ayah dan ibu mertua. Tetap tidak sama. Tapi kesemuanya perlu dihargai dan dimanfaatkan ke jalan yang diredhoi Allah SWT.

Permulaan Sebuah Catatan Peribadi
Alhamdulillah, blog ini sudah mula beroperasi akhirnya. Syukur kepada Allah, laptop masih elok, walaupun menggunakan line kampus dan rumah, sekurang-kurangnya memberi manfaat dalam menajamkan penulisan santai dan formal saya dan menjadi suatu latihan juga kepada para pembaca untuk mengenalpasti tahap penulisan yang berkualiti tinggi, sederhana atau rendah. Sebarang cadangan penambahbaikan terhadap penulisan dalam blog ini amat dialu-alukan. Terima kasih.
Subscribe to:
Comments (Atom)